Thursday, April 12, 2012

Kek Gula Hangus

bahan bahan
425 gram gula pasir
450 ml air panas
50 gram tepung jagung
180 gram tepung gandum
8 biji telur ayam
150 gram marjerin
2 sudu teh soda bikarbonat
200ml susu pekat manis



cara membuat
1.masukkan gula pasir ke dalam kuali, masak di atas api hingga hangus keemasan . biarkan mendidih dan gula larut menjadi keramel.Angkat .
2.pukul marjerin dan susu pekat manis sehingga putih .Masukkan telur satu persatu sambil terus pukul . hentikan mesin pemutar .
3.masukkan soda bikarbonat dan tepung gandum yang telah diayak bersamadan marjerin sedikait dime sedikit sambil dikcau rata .
4.tuangkan karamel  ke dalam acunan sedikit demi sedikit sambil di kacau rata .
5.tuang kan adunan ke dalam loyang lonjong yang telah disapu drngan marjerin dan ditabur tepung .
6. bakar dalam ketuhar , suhu 180darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak ..

Saturday, March 31, 2012

Bentuk-bentuk penderhakaaan kepada ibu.

Menjadikan ibu sedih.
 Sebuah hadis dalam kitab al-adabul mulfad menyebutkan"Nabi Muhammad berkata,"Siapa yang menjadikan ibunya sedih,itu bermaksud dia menderhaka kepada ibunya."(Hadis laporan bukhari daripada Ali bin Abu Talib)                                                                                                                                                                                          
     Di dalam kitab yang sama ,terkandung juga hadis berikut:                                                                               
       "Siapa yang menjadikan orang tuanya menangis,beerti dia menderhaka kepada orang tuanya."(Hadis laporan Bukhari daripada Abdullah bin Umar.)                                                                                              
         Sewaktu seorang anak itu masih kecil,mungkin dia sering menjadikan ibunya menangis kerana sikapnya yang suka melawan ataupun membantah.Sekiranya sikap seperti itu terbawa-bawa hingga anak itu dewasa,itu menunjukkan dia masih bersikap keanak-anakkan kerana tidak memahami sikap seperti itu adalah perbuatan derhaka.Apabila kita terlanjur membuat orang tua kita sedih dan menangis,satu-satunya jalan yang benar bagi kita adalah memohaon keampunan daripadanya dan juga daripada Allah.                                                                
     


Mencaci Ibu
Abdullah bin Amru bin Ash merekodkan.Nabi Muhamad berkata:                                                                

           


               "perbuatan seorang anak ,lelaki ataupun perempuan yang memcaci orang tuanya adalah dosa besar.Para sahabat bertanya,'Ya rasulullah,apakah ada anak yang mencaci ibu bapanya  sendiri?'Nabipun menjelaskan,mencaci bapa orang lain sama seperti kita mencaci bapa sendiri dan mencaci ibu orang lain sama seperti kita mencaci ibu kita sendiri."


Arm bin Maimun,"Nabi Musa berasa ghaibthah(ingin mendapat nikmat seperti orang lain tanpa iri hati.)melihat kedudukan seseorang yang diperolehi di Arasy.beliau bertanya kepada malaikat mengenai orang itu.Malaikat menyatakan,orang itu tidak pernah dengki kepada orang lain atas kurniaan Allah kepadanya.Dia juga tidak memfitnah dan tidak pernah mencaci ibu bapanya."(Hadis laporan Ahmad)
               Dengan demikian ,orang yang mencaci ibu bapa orang lain sama sahaja seperti dia mencaci ibu bapa sendiri.ini kerana tidak ada orang tua yang mahu anaknya brsikap tidak sopan kepada orang lain. Hargailah diri sendiri apabila kita ingin dihargai orang lain.peliharalah kehormatan ibu bapa orang lain,semoga kehormatan orang tua kita juga terpelihara.




Membeliakkan mata kepada ibu


Orang yang sedang marah biasanya membeliakkan mata dan mencekak pinggang.apabila ada seorang anak yang memarahiorang tuanya hingga membeliakkan mata dan mencekak pinggang,perbuatanitu memang derhaka dan termasuk dalam uququl walidaini.Sesungguhnya Allah melaknat perbuatan demikian.
       Nabi Muhammad mengatakan,"Anak yang membeliakkan mata  kepada orang tuanya kerana marah adalah anak yang tidak berbakti."(Hadis laporan thabrani)
       Aisyah merekodkan ,nabi berkata,"Anak yang membeliakkan mata kepada orang tuanya adalah anak yang derhaka."(hadis laporan Baihaqi marwdawih)
       Apabila seseorang membeliakkan mata kepada ibunya kerana marah,dia termasuk anak derhaka  sekali pun mulutnya tidak keluar sepatah perkataan sekali pun.ini kerana apa sahaja perbuatan menyakitkan hati dan perasaan  orang tua,sama ada dalam bentuk kata-kata  ataupun sikap adalah perbuatan derhaka.
     Abu Hurairah merekodkan,nabi berkata,"orang yang menbaca Al Quran tapi tidak mengamalkannya tidak termasuk pembaca Quran.begitu juga,orang yang membeliakkan matanya kepada orang tua ketika dia marah,bukanlah anak yang berbakti.Mereka itu terlepas daripada tanggungjawap dan aku juga terbebas daripada mereka."(Hadis laporan Imam Daruqutni)




Kedekut kepada Ibu.


Anas bin Malik merekodkan ,nabi muhmad  berkata:


     "Apabila seorang manusia memperolehi kekayaan daripada Allah dan dia kemudian dia tidak memberikan hak nafkah kepada orang tuanya,Allah menghapuskan semua amal kepadanya dan dia  kekal merasakan azab yang pedih."


Sesungguhnya banyak perbuatan yang temasuk dalam  uququl walidaini.Apa yang perlu kita ingat adalah  sentiasa berusah mencarui keredaan ibu bapa,walau sekecil mana pun.Pada masa yang sama ,hindarilah semua perkara  yang menjadikan orang tua kita sedih dan berdukacita,sekecil mana pun perkara itu.dengan kata lain Syurga itu di bawah telapak kaki ibu..

Friday, March 16, 2012

puding pelangi

bahan-bahan
11/2 paket agar-agar
1/2 tin susu cair
3 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
1 sudu serbuk koko
3 sudu susu peket
pewarna merah dan hijau
2 biji telur
8 cawan air
gula secukupnya
sedikit garam
Cara membuatnya
1.Didihkan agar-agar dengan 8 cawan air,masak sampai hancur.
Masukkan gula dan kacau kemudian pula susu cair dan tepung kastard.
3.Pukul telut hingga kembang bersama tepung jagung.
4.kemudian tuang ke dalam agar-agardan kacau sebati.
5.Apabila sudah mendidih boleh di angkat dan di tapis.
6.Buat beberapa bahagian di dalam mangkuk.kemudian masukkan warna untuk lapisan merah dan hijau.
7. manakala corak di atasnya pula,hanya guna sedikit oudingyang telah di asingkan dengan warna coklat dan putih.
8Mula-mula lapiskan puding dengan warna putih kastard yang dicampur sedikit tepung jagung.Apabila sudah sedikit membekutuangkan warna hijau untuk lapisan ke 2.9.kemudian tuangkan lapisan merah untuk lapisan ke3.
10.seterusnya untuk mencorakdi bahangian atas nya,lakukan pula warna putih susu dan juga sedikit warna coklat.
11.guna garfu untuk corakkan lapisanatasnya,hasilnya sungguh menarik


                        nukilan:Aroma 12
 
Copyright Dapurku Syurgaku 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .